WARISAN

SENI BUDAYA


                        KOMPANG WARISAN KAMPUNG MAHKOTA

Di Kampung Seri Mahkota, antara Seni Budaya yang dikekalkan  dari dahulu hingga kini ialah Kompang. Dikenali dengan nama  Kompang Warisan Kg Seri  Mahkota,  seni budaya yang dipertahankan sehingga kini. Warisan ini diturunkan dari era  80an  dan  dikekalkan sehingga kini. 

Pada tahun 2011, kompang ini telah dijenamakan semula dan dikelola oleh Persatuan Belia Kampung Mahkota.  Warisan Seni Budaya ini masih dikekalkan, dari segi gaya  pukulan  Kompang hinggalah lagu-lagu yang didendangkan. Warisan ini diperturunkan hingga ke generasi ke 5 dan pelbagai penambahbaikan  dijalankan.  

Kompang Warisan Kampung Mahkota ini sering mendapat jemputan di kenduri-kenduri kahwin dan lain-lain majlis dari dalam dan luar kawasan negeri Pahang. Sedikit sebanyak  memberi pendapatan  kepada ahli-ahli dan tabungan  Persatuan Belia. Bagi menjaga kualiti dan  pemantapan segi persembahan, latihan berkala sering diadakan dihujung-hujung minggu.  Kompang ini dilatih oleh dua  orang  tenaga  pengajar   yang  mahir  dan  berpengalaman luas  yang diambil dari  kalangan  tenaga  belia  kampung. 



 Pencapaian  tertinggi Kompang Warisan Kampung Seri Mahkota ialah pada tahun 2015, Kompang Warisan Kampung Seri Mahkota  memenangi  Tempat Ke 4 di Karnival Kraf Labis pada tahun 2015  dan  pada tahun 2016  pula  memenangi tempat Pertama bawah 15 tahun di Pertandingan  Kompang Formasi  anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pahang dan  anjuran bersama Persatuan Kompang Pahang  sempena  Pesta  Air  Chenor  tahun  2016.





            RESAM  HIDUP

Ibarat  “aur dengan tebing”  menunjukkan  ungkapan  saling bantu-membantu  dan sikap tolong –menolong  antara  satu  sama lain  masih  diterapkan  oleh  penduduk Kampung  Seri Mahkota.  Resam  hidup dengan  menjalankan  program  kemasyarakatan  alhamdulilah masih diterapkan oleh penduduk kampung sehinggga kini.
Majlis keramaian atau majlis  perkahwinan,  penduduk  kampung  ini  masih  mengamalkan  tradisi memasak secara  bergotong-royong sendiri  dan  dibantu oleh penduduk setempat. Sesuai  dengan  motto kampung ini “ Kampung kami, tanggungjawab kami”. Resam hidup ini  ibarat  tak lekang dek hujan tak lapuk dek panas, resam hidup ini diperturunkan dari awal penubuhan sehingga  kini.
Selain daripada tradisi memasak  makan untuk majlis keramaian dan kenduri kawin, penduduk kampung  juga  masih  menerapkan  nilai  kerohanian dan keagamaan  khususnya dalam memeriahkan lagi  sesuatu majlis. Sebagai contoh majlis Perkahwinan, kaum wanita khususnya  mengadakan  kelab berzanji dan marhaban bagi memeriahkan majlis.  Kelab ini yang dikenali Bina Ihsan ini menjalankan aktiviti berkala khususnya bagi kaum wanita kampung. Bukan sahaja majlis perkahwinan, majlis memotong jambul dan  buaian berondoi juga dipertikkan  dan dikekalkan. Dengan kemudahan dan bangunan yang disediakan oleh JKKK Kg. Seri Mahkota, Kelab berzanji dan marhaban ini menjalankan latihan secara berjadual dan dipimpin oleh tenaga pengajar terlatih. 
Adat Istiadat dan pemuliharaan  warisan yang masih dikekalkan  hingga kini  ialah  Adat  Istiadat  Perkahwinan orang melayu.  Pemegang bunga  sirih junjung  dari  kalangan  anak  dara   kampung  lengkap  berpakaian  tradisi  di kekalkan  hingga ke hari  ini.  Program ini yang di selenggara oleh Persatuan Belia Kg Mahkota  ini  dikhususkan untuk majlis-majlis keramaian  &  Majlis Perkahwinan sahaja. diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar mengiringi  pengantin  baru.





            

Ulasan