BELIA
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BELIA KG SERI MAHKOTA
Persatuan
ini ditubuhkan pada tanggal 06hb Ogos
2010. Mesyuarat penubuhan atau mesyuarat penaja diadakan pada waktu
tersebut yang mulanya hanya di hadiri oleh 12 orang sahaja. Mesyuarat tersebut
telah di taja oleh Penaung dan Pengasas Persatuan kini iaitu Tn. Haji Hamidi
bin Mahussin selaku penasihat dan merangkap Ketua Kampung Seri Mahkota kini.
Mesyuarat yang telah dijalankan di Dewan Orang Ramai Kg Seri Mahkota memberi
sedikit sebanyak telah menarik perhatian ramai anak muda khususnya anak muda Kg
Seri Mahkota.
Dengan
terlaksananya mesyuarat itu, sebulat suara telah bersetuju memberikan nama
Persatuan dengan nama PERSATUAN BELIA KG
MAHKOTA dan berjaya mendapat pengiktirafan daripada Pejabat Pendaftar
Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 24hb Januari 2011 dan No
Pendaftaran di beri PPBM 7062/11. Pendaftar Pertubuhan Belia yang
dilantik di bawah subseksyen 4(1)
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Dengan
perlaksanaan itu, tercetus sejarah baru membarisi sederet pemimpin baru untuk
di warisi di masa hadapan. Dengan pendaftaran tersebut bermulanya era baru
dalam pendokong kepimpinan sedia ada. Bermulalah generasi baru membawa haluan
bersama-sama pemimpin yang sedia ada. Persatuan Belia ini dicetuskan
digunapakai bagi mendokong pengurusan yang sedia ada dalam apa jua peringkat
tertinggi. Penglibatan menyeluruh telah membuatkan misi, visi dan okjektif
persatuan mencapai sasarannya.
BARISAN LANTIKAN PENGERUSI PERSATUAN BELIA KG SERI MAHKOTA
Mesyuarat penaja ini telah bersetuju melantik
Encik Azizul @ Ahmad Azizul bin Awang
selaku Pengerusi yang pertama pada ketika itu. Pada Mesyuarat Agong kali
pertama bil 1/2011 yang diadakan pada
19hb Feb. 2011 jam 8.30 malam di Dewan Orang Ramai Kg Mahkota, seramai
28 orang ahli hadir dan memilih Encik
Azizul @ Ahmad Azizul bin Awang selaku pengerusi yang pertama bagi
Persatuan Belia Kg Mahkota ini. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pemilihan dan
undian ramai.
![]() |
AHMAD AZIZUL BIN AWANG PENGERUSI PERTAMA (2011-2012) |
![]() |
NORULHUDA BT MAD ESA PENGERUSI KE DUA (2012-2014) |
![]() |
MUHAMAD KHAIZUL BIN ABDUL RAFFAR PENGERUSI KE TIGA (2014-SEKARANG) |
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BELIA
2015-2016
Pada tiap detik bertukar waktu, ahli-ahli sering
bersilih ganti. Ahli Jawatankuasa saling bersilih dan berganti. Bagi penawaran
ahli bagi sesi 2015 hingga 2016, penjadualan semula tugasan dilaksanakan bagi
menambah baik Persatuan. Penjadualan dan penambahbaikan dijalankan dalam
persatuan melibatkan pembahagian tugasan bagi meringankan beban tugasan
pengurusan atasan. Senarai berikut adalah senarai ahli jawatankuasa bagi sesi
2015 hingga 2016 :
Pengerusi
|
: En. Muhamad Khaizul B. Abdul Raffar
|
Naib Pengerusi 1
|
: En.
Shamihan Malik
|
Naib Pengerusi 2
|
: En. Hafiq
Asmoni
|
Setiausaha
|
: Pn.
Sharifah Nawaitul Masdinar Bt.
Syed A Rahman
|
Pen. Setiausaha
|
: Puan
Suriani Ariffin
|
Bendahari
|
: Cik Siti
Badariah Binti Mat Noor
|
Naib Bendahari
|
: Puan
Rogayah Binti Ismail
|
Ahli Jawatankuasa
|
: 1. En.
Suzairi Bin Hassan
2. En. Syed Sagaf Putra Syed A.
Rahman
3. Mohd Ibrahim Bin Abdul Raffar
4. Muhd Masran B. Asmoni
5. Mohd Syakir
Muiz
6. Mohd Amirul
Azreen B. Mohd Kamil
7. Muhd Ikhwan Ansarullah B. Hamidi
8. Azerul Bin
Hamdan
9. Muhammad Azrul Mubarak Bin Noor Azhar
Ahmad
10.
Muhd Ikhwan Ansarullah B. Hamidi
|
Biro Penasihat Khas
|
1. Puan
Norulhuda binti Mat Esa
2. Puan
Hatifah binti Hussin
3. Puan
Salina Binti Sulaiman
|
Juri Audit Dalaman
|
1. Mohd Navi
B. Yusof
2. Titik
sandora Bt. Ibrahim
|
KEAHLIAN
PADA 2014 – 2016
Jumlah keahlian memberikan impak pada satu-satu
pertubuhan Persatuan Belia. Silih berganti tahun, begitu lah terjadi pada
persatuan belia ini. Had umur 15 hingga
40 tahun sedikit sebanyak dapat menarik minat anak muda dalam menyertai
pertubuhan Belia Kg. Mahkota ini. Persatuan ini mencatatkan turun naik ahli
semenjak 2014 hingga ke 2016.
Bilangan menjadi keahlian sering berlaku di
dalam pertubuhan / persatuan. Ini juga berlaku di dalam Persatuan Belia Kg
Mahkota Amnya. Penurunan menjadi ahli terjadi kerana pelbagai faktor seperti ahli
tidak aktif kerana bertukar tempat tinggal, keluar belajar @ berkerja di luar
kawasan, melebihi had umur dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, pihak
persatuan mengambil pelbagai langkah drastik iaitu, memperkenalkan rakan kompang &
Program penjanaan Ekonomi, rakan
bolasepak dan rakan band boy sebagai langkah menarik minat warga belia
dalam menyertai persatuan. Dengan
tercetusnya fenomena ini sedikit sebanyak dapat memberi langkah baru dan
bertindak sebagai penyuntik semangat dan penaik minat warga belia menyertai Persatuan Belia Kg
Mahkota.
Dengan terapan motto “ILTIZAM BERSATU PROAKTIF” sedikit memberi langkah pihak pengurusan
atasan Persatuan Belia Kg Mahkota dalam mencari pelapis Pengurusan atasan dan
ahli-ahli belia. Untuk catatan yang terakhir pada Disember 2016, Jumlah
keahlian Persatuan Belia Kg Mahkota mencatatkan seramai 36
orang ahli sahaja.
JUMLAH
AHLI DARI TAHUN 2014 HINGGA DISEMBER 2016
TAHUN ANALISIS AHLI
|
Jumlah ahli
|
2014
|
44 orang ahli
|
2015
|
44
orang ahli
|
2016
|
36 orang ahli
|
BORANG
KEAHLIAN (Membership Registration Form)
Bagi menjadi ahli
Persatuan Belia Kg Mahkota, borang keahlian telah di keluarkan dan
kepada semua ahli yang ingin mendaftar menjadi ahli mestilah mengisi borang keahlian
rasmi dan mendapat kelulusan dari pada pihak Lembaga Pengurusan Tertinggi
Persatuan. Dalam borang yang diberikan mestilah lengkap dengan senarai peribadi, kelulusan, kebolehan dan
maklumat ibubapa untuk rujukan pihak pengurusan.
BAJU RASMI
PERSATUAN
Bagi menggalakkan dan memperseragamkan ahli-ahli persatuan,
pihak persatuan mencadangkan pelbagai cara bagi meransang minat dan
mendisiplinkan ahli dalam persatuan. Antara yang di cadangkan adalah pemakaian
pakaian seragam persatuan. Ahli yang telah menjadi ahli persatuan secara
langsung diwajibkan membeli baju
seragam persatuan sebagai tanda setia
kepada persatuan. Pada 2010 hingga 2011, persatuan belia mengenakan t-shirt
berwarna oren dengan menggunakan lambang kerajaan Malaysia sebagai baju rasmi
persatuan.
Di era Pengerusi Puan Norulhuda bt Mat Esa iaitu penghujung
2011, baju rasmi baru yang berwarna biru menggantikan baju rasmi lama. Setelah
lambang persatuan Belia Kg Mahkota diperkenalkan, lambang persatuan terus di
sulam dibaju-baju persatuan berwarna biru. Untuk pengurusan atasan pula baju
berwarna hitam koporat bersulam lambang persatuan diperkenalkan sebagai tanda
seseorang tersebut adalah lembaga
tertinggi dalam persatuan.
EKONOMI / KEUSAHAWAN
Dalam merangsang
pembangunan dan menarik minat warga
belia menyertai Persatuan Belia, pihak pengurusan tertinggi mengambil langkah
drastik dalam menubuhkan produk persatuan &
SOSIO EKONOMI . Antara produk persatuan dan sosio
ekonomi yang di tubuhkan adalah seperti berikut :
Kompang Warisan Kg Seri Mahkota
6.2 Band
Boy
Selain dari Kompang, pihak
persatuan juga menubuhkan satu live band untuk
menggalakkan ahlinya bergaul secara sihat. Peralatan muzik yang di
gunakan adalah kebanyakkan dari milik ahli-ahli sendiri. Live ini juga sering
berkumpul dan menjalankan latihan pada hujung minggu di astaka. Menggunakan nama Mahkota Band, juga mengambil tempahan
untuk majlis-majlis perkahwinan dan kenduri kendara. Dana yang diperolehi
disalurkan ke Akaun Persatuan Belia.
SEWAAN
ASTAKA , GELANGGANG FUTSALL &
DEWAN ORANG RAMAI
Pada tahun 2015
& 2016, pihak Persatuan Belia telah
menerima dan diamanahkan untuk menjaga dan memunggut hasil sewaan gelanggang
futsall dan astaka Segala kutipan telah dicatit dan disalurkan kepada
akaun persatuan.
IMPAK DARI produk persatuan
& SOSIO EKONOMI
Berikut adalah
impak yang didapati
dari penubuhan produk
persatuan & Sosio Ekonomi :
i. MEMBANTU
BELIA YANG BERMINAT
Program yang dijalankan ini memberi
dan menarik minat
pada belia dalam membina
dan menjalankan pengurusan
Belia di Kampung Seri Mahkota. Statistik menunjukkan penambahan ahli aktif dan juga penambahan kepada pelapis belia yang
akan datang.
ii. MEMBANTU
MEMANTAPKAN AKTIVITI
Semua
sumber kewangan yang
diperolehi akan dimasukkan dan di isi dalam tabung kewangan
Persatuan Belia Kg. Mahkota. Penambahan kewangan ini
memberi kemantapan khususnya dalam
menjalankan program-program di arahkan oleh JKKK Kg. Seri Mahkota. Dalam memantapkan
aspek pemasaran dan hebahan,
penggunaan Laman social sering
digunakan untuk menghebahkan
produk yang dijalankan. Aspek kewangan
ekonomi diselenggara dan
disusun rapi oleh
bendahari Persatuan bagi
tujuaan aktiviti dan lain-lain urusan.
iii. MEMBANTU MENDAPATKAN PEKERJAAN
Dengan pelancaran produk persatuan &
sosio ekonomi ini, ia memberi
sedikit sebanyak sumber
pendapatan tambahan kepada ahli-ahli
persatuan. Seramai lebih kurang
25 orang yang terlibat secara langsung dalam perlibatan
program ini.
iv. MENDAPAT SUMBANGAN OBLIGASI SOSIAL
Dalam
penambahan sumber kewangan
daripada produk ekonomi
dan sosio ekonomi ini, penambahan program dari tahun 2015 hingga
2016 telah menampakkan hasil. Ia
juga membantu dalam membiayai pelbagai kemudahan dan
penjalanan pengurusan Belia
sepanjang tahun 2015 hingga 2016.
Pelbagai program telah dijalankan
sepanjang tahun tersebut antara adalah
seperti berikut :
Jenis Aktiviti
|
2015
|
2016
|
Pendidikan
|
0
|
1
|
Keagamaan
|
1
|
2
|
Patrotisme
|
1
|
1
|
Kemasyarakatan
|
2
|
3
|
Lawatan
sambil beramal
|
0
|
1
|
Sukan
|
0
|
1
|
PENDIDIKAN /KEMAHIRAN
LATIHAN
Bagi memastikan latihan semua belia menjalani latihan dan
pembelajaran berterusan, pihak persatuan telah memberikan pelbagai kemudahan
dan latihan kepada para ahli persatuan. Antaranya adalah seperti berikut :
A.
Kursus dan Latihan
Kursus bagi ahli amat-amat
di terapkan dalam memastikan semua ahli
terus mendapat faedah dalam menyertai Persatuan Belia Kg Seri Mahkota ini.
Dalam tahun kajian 2011 hingga 2015 jumlah penyertaan Ahli Persatuan Belia
kepada kursus yang dianjurkan adalah seperti berikut :
Kursus Pembinaan Pasukan
Zon Timur bil 1/2013
di Akademi Pembangunan Belia
Malaysia
18 – 21 Mac 2013
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bilangan Peserta hadir : 11 orang
Program Kepimpinan
Organisasi Tahap 1
di Kompleks Belia dan Sukan
Terengganu
23 – 25 April 2014
Kuala Terengganu, Terengganu Darul
Ehsan
Bil Peserta Hadir : 3 orang
Bengkel Pendedahan
Cara-cara Pertolongan Cemas
Dewan Sempurna 03, Sempurna Resort
24 Ogos 2014
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Bilangan Peserta hadir : 40 orang
Bengkel Pengurusan
Jenazah Lelaki
Masjid Al-Mustaqim Kampung Seri
Mahkota
07 Januari 2015
Bilangan Hadir : 35 orang
Ceramah
Agama
Masjid Al-Mustaqim Kampung Seri
Mahkota
07
Januari 2015
Bilangan Hadir : 28 orang
Bengkel
Pengurusan Jenazah perempuan
Masjid Al-Mustaqim Kampung Seri
Mahkota
12 Oktober 2016
Bilangan Hadir : 25 orang
Ceramah
Agama
Masjid Al-Mustaqim Kampung Seri
Mahkota
12 Oktober 2016
Bilangan Hadir : 28 orang
Program Perintis
Jabatan Belia dan Sukan
Pahang juga tidak ketinggalan dalam
melahirkan dan memberikan
kursus dan latihan kepada para belia.
Persatuan Belia Kg Seri
Mahkota juga mengambil langkah-langkah seiring dengan negara maju telah diberi
peluang dalam memberikan latihan di samping menjana pendapatan para ahli belia.
Program Printis amnya telah memberikan
peluang tersebut. Oleh yang demikian pihak Persatuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan
Sukan Pahang sebulat suara memberikan
peluang tersebut. Program Printis yang di maksudkan
adalah seperti data-data berikut:
Tarikh Program :
1.7.2014 hingga 12.2.2014
Jenis Industri : Makanan ( bahulu )
Alamat Majikan :
Azyra Bahulu Mahkota
No 168 Lrg Mesjid Kg Mahkota
26070 Kuantan
Jumlah
Ahli terlibat : 2 orang sahaja
Bagi merancakkan lagi Persatuan Belia Kg Seri Mahkota,
pelancaran kelab bolasepak ditubuhkan. Kelab Bolasepak ini sedikit sebanyak memupuk dan memberi semangat supaya
minat bergaul cara sihat di
kalangan belia. Bagi tahun 2014, Kelab bolasepak Kg Seri Mahkota telah menyertai Kejohanan Dun
Lepar selama 6 bulan dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
PERUMAHAN
/ ASET
Setiap pertubuhan memerlukan tempat atau fasilities atau
rumah kelab untuk menjalankan aktiviti.
Bagi Persatuan Belia Kampung Seri Mahkota amat bertuah kerana di beri
kepercayaan oleh Ketua Kampung Seri Mahkota dalam menyelenggara dan menggunakan
kemudahan bagi kemudahan pergerakkan Persatuan dalam menjalankan kegiatan. Antara
tempat yang sering digunakan oleh pihak Persatuan Belia Kg Seri Mahkota adalah
seperti berikut :
ASTAKA, GELANGGANG FUTSALL &
DEWAN SERBAGUNA
Kemudahan astaka yang dibina
diatas padang bolasepak Kg Seri Mahkota amat memudahkan pihak persatuan dalam menjalankan program. Aset yang dilengkapi oleh sumber elektrik ini adalah
kepunyaan JKKK Kg Seri Mahkota tetapi diserahkan kepada Persatuan Belia Kg
Mahkota dalam menguruskan tempat tersebut
Tahun 2015, pihak persatuan
Belia menerima arahan daripada JKKK
Kg Seri Mahkota bagi menyewa bangunan astaka tersebut untuk aktiviti luar. Hasil wang kutipan tersebut akan
di salurkan ke tabung Persatuan untuk
menjalankan aktiviti.
Tahun 2016
pula Pihak Persatuan
menerima Dewan orang ramai dan disewakan
dan hasil kewangan digunakan untuk
menjalankan aktiviti JKKK
& Persatuan sendiri.
Segala kewangan dicatit
dan digunakan dengan sempurna.
Ulasan
Catat Ulasan